cuti sekolah kew cuti midsem...?

By shahril sebayu on 9:39 PM

comments (0)

Filed Under:

hahhaha...apa da..cuti sekolah dan cuti midsem lain daaa...laa nape xcaya plak...?.ok buktinya,anda boleh tengok dari segi ejaan yer..ala paling senang pun korang sebut pun dah tahu...bunyi tulah masa saya...aduiiii.( jangam marah erk).heheheh

cuti midsem ari tu..wah jadual aku padat beb.bukan padat dengan aktiviti kew apa.,padat dengan kuar ngn membr2 aku yang agak kurang asam belaka sumeyer...wuhahahahah.

erm kalu kita balik kampung,kita rasa macam free jew.hehehe.yelah,kalu duk kampung kita kuar jew keje kita.duk kat u,banyak keje plak.xkisahlah.janji happy...hiks3.

sebenaryer,time balik kampunglah paling aku suka...naik bas.duduk atas sofa bas transnasional yag empuk lagi keras gitu...dengar lagu jiwang cikit (layan) pas tu terus pengsan....wuhahahha
sedar2 jew,eh dah sampai kemunting station...ish3,dasyat betul aku pengsan yer. yelah,perjalanan dari kl ke kemunting amik masa tiga jam...

hah,time nak bas,aku ni banyakkelemahan ckit.aku xleh ar kalu duk sute yang xhadap ke cermin sebelah atau tingkap bas.kalu x aku pening kepala...aloya....aduiii. pas tu paling susah nak tido kalu diapit perempuan plak...yelah,kita kan tahu sape orang sebelah kita...so kene control ar...xfasal2 makan lima jari berapilah jawabyer...aku nanti.hehehe..yelah,nanti cakap kita usha dia plak....aduiii..so lain kali pilih lah single seat kalu nak pengsan dengan aman...hik3.

hahah...korang leh baca sampai sekarang tulisan aku...ish3,dasyat.aku saje je tulis...konon2 aku update blog akulah...wakakakakak..
k maaflah...saje je nak tulis.

erm sempena bulan ramadan nih, saya ingin mengucapkan (cewah,macam nak ucap selamat hari raya palk...)

sekali lagi k....
k sempena bulan ramadan nih, salam ramadan...pose jangan xpose...

aku , ohoi dan Malaysiaku...?

By shahril sebayu on 2:28 AM

comments (0)

Filed Under:







Aku,Ohio dan Malaysia...




erm sebelum aku cite panjanggg sal aku kat ohio,usa ,erm aku nak tnya korang,best ke kalu dapat menjelajah atau jejakkan kaki kita ke negara asing....

?


erm jawapan...?ahah xpe,aku bagi korang fikir dalam masa 3 minit...xpun lu fikir ar sendiri...wuhahahahhaha.

hah sebagai pengenalan,aku rasa best gak dapat pg ohio,new york,and washington...tapi time aku pg ...time selesema H1N1 melanda da....tapi alhamdulillah,aku n geng aku selamat..amin.syukran sangat..huhu.thanks Allah.





erm yelah,secara ikhlas yeap,kita rasa besyukur sgt dapat jejak kaki kita kat negara asing....huhu.banyak perkara kita leh belajar.tapi bagi aku,bolehlah...huhu.yelah semua orang ada hati perasaan masing2..hahahah.aku yang best pun time aku ambil gambar kat sana ..hahhaah.tapi xsemua aku sempat ambil...huhu.tapi aku n rombongan aku enjoy gak pg sana...tambah2 ini 1st time aku terbang jauh...jauh dari tanah airku...

.


aku ingat nak cite banyak lagi...tapi malas lah plak...huhu..nanti aku sambung balik kalu ada request...huhu

Lagu Cinta?...hehehe

By shahril sebayu on 9:34 AM

comments (3)

Filed Under:

erm hari ni aku nak komen fasal lagu cinta...wah macam jiwang jew kan tapi tulah hakikatnyer...kadang2 nampak jew muka ganas,tapi mat jiwang rupe yer...adui...wuhahahaah.hah kalu akulah,honestly aku minat gak dengar lagu yang berjiwa sakit mental ni...eh sentimental daa...xsalahkan cuma sebagai umat islam,kita jangan hanyut dengan alunan tersebut.huhu.erm kalu akulah,aku suka dengar lagu macam penyanyi afgan.yelah,tentu korang cakap aku poyo plak dengar lagu mat afgan nih...tapi lagu dia best pe...contohnya terima kasih cinta,yg d latest tajuk entah...try lah dengar tapi kalu xsedap,erm lantak koranglah...huhuhu.selain afgan,aku minat lagu kaer.erm lagu cinta? erm lagu bermelodikan cinta ni bukanpe,irama dan melodi tu agak slow.takkan lah kita sedih nak dengar lagu linkin park.tengok keadaan k.cewah.ala serock mane pun mat rock 2,tentu dia kan layan juga lagu berjiwa mental nih.setiap orang ada perasaan kan.yang perasan tu memang banyaklah.tu xleh nak cakap pe daaa...hhuhu.aku kalu nak komen banyak,nanti korang jeles plak...hahahahha.pape pun,ni cetusan pendapat aku jew,hehehehe
k
wassalam

layan jew

By shahril sebayu on 9:57 AM

comments (0)

Filed Under:

Hari Bapa 2009

By shahril sebayu on 8:19 AM

comments (0)

Filed Under:

hantarlah komen anda mengenai hari bapa.

renunglah...

By shahril sebayu on 6:47 AM

comments (0)

Filed Under:


Oleh MOHD SHAUKI ABD MAJID

Dalam mengharungi jalan kehidupan dunia ini, orang tua-tua terdahulu mengajar kita agar “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian”, menuntut kita “bersakit-sakit dahulu, agar bersenang kemudian”. Manakala ada pula sesetengah manusia hidupnya senang sepanjang masa sehingga lupa diri.

Al-Quran menjelaskan bahawa kehidupan yang baik adalah apabila kita dapat memelihara iman dan mengisinya dengan amal dan perbuatan salih. Justeru, walaupun seseorang itu hidup sangat sederhana di pondok kecil tetapi dia dapat mempertahankan imannya daripada godaan hidup duniawi, maka Islam menganggap bahawa itu adalah hidup yang baik.

Ada sesetengah manusia asalnya kuat beribadat, siang malam ke masjid, kemudian Allah hendak menduganya lalu memberikannya nikmat yang besar berupa pangkat dan harta atau sebagainya.

Kemewahannya itu akhirnya menyebabkan dia lalai dan tidak sempat lagi untuk solat atau melaksanakan amalan-amalan baik. Islam menjelaskan kehidupan seumpama ini adalah kehidupan yang paling rugi kerana dia kehilangan imannya meskipun kehidupannya amat mewah.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan amal salih? Islam menjelaskan bahawa sesuatu amal yang dapat memberi manfaat yang besar untuk diri kita dan juga untuk orang lain itulah yang dimaksudkan dengan amal salih.

Amal salih tidak dapat diukur oleh banyaknya sumbangan yang kita berikan, akan tetapi diukur oleh banyaknya manfaat yang kita berikan kepada orang lain. Setiap perbuatan yang dapat menghapuskan penderitaan orang yang susah, semuanya dianggap ibadat yang amat bernilai di sisi agama dan berat timbangannya di sisi Allah s.w.t meskipun pada pandangan kita sendiri perkara itu remeh sahaja.

Terdapat satu riwayat yang menceritakan bahawa antara penghuni syurga itu ada seekor anjing. Anjing tersebut dikatakan ikut serta bersama pemuda salih (Ashabul Kahfi). Anjing itu dikatakan memberi manfaat dengan menjaga mereka sehingga akhirnya kesemuanya termasuk anjing tertidur itu dengan kuasa Allah s.w.t.

Apabila seseorang individu beramal dengan amal salih ataupun melakukan sesuatu kebaikan yang dapat memberi manfaat kepada dirinya dan masyarakat, maka individu itu dikira lebih baik daripada mereka yang tidak melakukan sesuatu amalan pun.

Ini kerana sumbangan itu memberi saham dalam menjamin kehidupan yang baik yang dikehendaki oleh Islam untuk dihayati oleh manusia. Kebaikan diri individu dalam Islam selalunya dihubungkan dengan kebaikan manusia lain. Neraca kebaikan itu pula ialah menjauhi diri daripada sebarang perkara buruk dan yang diharamkan oleh Allah s.w.t.

Al-Ash’ath bin Qeis, seorang pemuda kabilah Kindah dan merupakan antara pemimpin awal Islam pernah berkata, maksudnya: “Aku tidak mempunyai sebarang kelebihan berbanding kamu, tetapi aku sentiasa mesra dan manis muka terhadap kamu, membelanjakan hartaku terhadapmu dan aku sentiasa menunaikan hak-hak kamu. Maka sesiapa yang melakukan lebih daripada yang aku lakukan, maka tentulah ia lebih baik daripadaku. Tetapi sekiranya aku melakukan sesuatu itu lebih baik daripada mereka, maka sudah tentu aku lebih baik daripada mereka.”

Daripada Jabbar bin Abdullah, beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud): “Sebaik-baik manusia ialah orang yang bermanfaat bagi orang lain.” (Riwayat At-Tabrani)

Orang yang salih bukanlah sejenis manusia yang paling panjang sujudnya, bukan orang yang banyak kali mengerjakan haji tetapi orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Ada manusia hidup di dunia tidak berguna langsung, di mana sahaja dia `membuat onar’ dan orang seperti inilah umurnya selalu panjang dan orang yang baik pula lebih cepat diambil Tuhan ketika masih ramai orang memerlukannya.

Orang seperti ini menurut sabda Nabi s.a.w, perut bumi itu lebih baik baginya daripada permukaannya. Ia bermaksud kematian itu lebih baik daripada kehidupan. Sabda Nabi s.a.w lagi yang bermaksud: “Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang panjang umurnya dan buruk amalnya.”

Banyak lagi hadis sahih menjelaskan tentang manusia yang ideal mengikut sunnah. Manusia yang ideal adalah manusia yang berhati tulus dan berlidah lurus.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Nabi s.a.w: “Apa yang dimaksud dengan berhati tulus?” Nabi s.a.w menjawab: “Hati yang takwa, bersih, tidak menyimpan dosa, tidak zalim dan tidak dengki.” Nabi s.a.w ditanya lagi: “Sesudah itu siapa?” Kata Nabi: “Yang mengembangkan kehidupan dunia sambil mencintai akhirat.” Kemudian sahabat meneruskan pertanyaan: “Sesudah itu apa lagi?” Nabi s.a.w menjawab: “Mukmin yang berakhlak baik.”

Manakala manusia yang paling jahat pula ialah orang yang suka menyebar fitnah, melaga-lagakan orang yang saling mengasihi, berbuat kejam dan mengganggu kesejahteraan orang lain.

Sesungguhnya, insan yang salih sentiasa kenal dan berwaspada akan ‘jerat’ yang berada di sekelilingnya.

By shahril sebayu on 6:04 AM

comments (0)

Filed Under:


jauhi bersangka buruk

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak berbuat sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat), maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (AL-HUJURAAT: 12)